3.0 PENGERTIAN TANAH

Maksud tanah menurut undang-undang adalah berbeza dari maksud tanah yang biasa difahami. Skop pengertian tanah lebih menjurus kepada sifatnya sebagai harta tanah atau harta tak alih iaitu harta yang tidak boleh dialih-alihkan dari satu tempat ke tempat lain. Seksyen 5 KTN mentakrifkan perkataan tanah sebagai :

a)      Permukaan bumi dan semua benda yang membentuk muka bumi itu.
b)      Tanah dibawah permukaan bumi dan semua benda yang terkandung di dalamya.
c)      Semua tumbuhan dan hasil semulajadi samada di atas atau dibawah permukaan bumi.
d)     Semua benda yang melekat atau terikat/terpasang secara tetap samada di atas atau di permukaan bumi.
e)      Tanah yang diliputi air.

Berdasarkan takrifan di atas, undang-undang tanah Malaysia menerima pakai prinsip Inggerisquic quid plantatur solo solo cedit.  Prinsip ini bermaksud ‘setiap apa yang melekap pada tanah dikira sebagai tanah’. Beberapa keputusan mahkamah menunjukkan bahawa prinsip undang-undang Inggeris ini diterima pakai di dalam menentukan maksud tanah, khususnya apabila melibatkan pertikaian berkaitan tafsiran ‘lekapan’ dan ‘catel’.

No comments:

Post a Comment